Berubah Drastik ke Perlahan?




Nampak tajuk yang berbentuk soalan tu?
Tujuan saya menulis berdasarkan tajuk itu kerana ramai yang bertanya tentang itu dan ramai yang terkeliru dengan pandangan-pandangan orang yang datang daripada pelbagai sudut dunia..
Dan orang juga keliru apabila dikaitkan dengan pelbagai jenis analogi...
Di sini saya nak tekankan tak semua benda kita boleh guna analogi..nanti tersilap cakap,
akan ada orang yang perbetulkan..tapi be ready la sama ada teguran tu secara sopan atau secara sentap~


Asssalamualaikum 
kepada semua readers..
entry kali ini berbentuk soalan..

Berubah?
Apa itu berubah? 
Adakah ia berubah tempat?Berubah wajah?Berubah penampilan?Berubah iman?

Berubah memang boleh digunakan untuk variety of perspective..Tapi yang saya nak cerita dan nak jawab ni ialah perubahan yang berkaitan dengan Hijrah..
Hijrah?
Hijrah ni kecil sikit scope dia..Hijrah tempat dan Hijrah diri yakni diri tak baik kepada yang baik..

Tapi betul ke berubah daripada tidak baik kepada baik itu berubah?
TIDAK SAMA SEKALI~!

Sebenarnya kalau kita daripada tidak baik kepada baik itu bukan convert tapi itu revert..
Revert erti nya kembali atau jadi apa yang pangkal..
Manusia ni awal-awal kelahirannya semua baik..mana ada keluar-keluar daripada perut mak dan ada yang tak baik,..pernah tengok bayi keluar daripada perut seorang ibu sambil isap rokok..ada?takkkk

Maksudnya manusia atau lebih senang saya kata KITA ialah sebenarnya baik...jadi kalau kita jadi jahat,buat maksiat,buat kemungkaran..maka itu baru berubah..kita tidak menjadi diri kita sendiri..

Hadith nabi ada menyebut,

''Anak-anak yang baru lahir ini diibaratkan seperti kain putih yang suci dan bersih daripada kekotoran,......''

So kalau kita dah dewasa,dah remaja dan kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat,tidak memgikut perintah Allah...

(Puppp~!)
Timbul satu persoalan,''kenapa kita kena taat Allah?''

So,jawapannya juga dalam bentuk soalan supaya orang yang menimbulkan persoalan tu menggunakan akal nikmat yang Allah bagi..''kenapa kena taat ibu bapa?''

Okay,balik semula kepada main topic kita..
''Berubah secara drastik atau perlahan-lahan?''

Ada 2 pendapat dikalangan manusia..tidak kira daie,ustaz,ulama dan lain2..

Pendapat pertama:
***************
''Berubah secara perlahan-lahan supaya nanti kalau jatuh,tak jatuh sekali harung..
kalau sebelum ni free hair,cuba dengan pakai tudung bawal saja dulu.. nanti bila dah mula selesa dan sedap dengan kenikmatan tudung,tukar kepada tudung labuh pula..''

(Saya nak kata pendapat ni sebenarnya a bit lack,based on my instituition..sebab pendapat ni dia kata tak jatuh sekali harung,tapi tetap jatuh,cuma tak sekali harung,ia akan jatuh perlahan-lahan..Dan selalunya orang yang berpendapat macam ni dia akan guna analogi sains manusia,manusia ni ketika bayi,orang yang baru nak berubah ni diibaratkan bayi,perlahan-lahan belajar berjalan)








Pendapat kedua:
*************
''Berubah je terus secara drastik,berubah secara terus-menerus selepas jelas tentang sesuatu  hukum sebagai contohnya solat,kalau seseorang yang tidak solat,suruh dia berubah drastik dengan menyuruh dia solat terus menerus cukupkan 5 waktu sehari semalam...''

(Pendapat ni saya sangat setuju,sebab tengok sendiri,cuba fikir,kalau orang yang tak solat ni berubah secara perlahan-lahan,dalam erti kata lain dia solat subuh je dahulu,lepas tu baru solat yang lain selepas dia istiqamah yang subuh,..kena ke dengan apa yang Allah suruh?tak kena..dan untuk pendapat ini,dia tak guna analogi,tapi guna satu quote,''Make sure that today is better than yesterday'' dan dia akan guna hadith nabi,''Barangsiapa yang hari ini dia lebih bagus daripada semalam,dia adalah orang yang beruntung,barangsiapa yang semalam dan hari ini sama,dia adalah orang yang rugi'')

So nak pilih yang mana satu ni?haaa dah pening pulak en?
Maka,kita keluar daripada kepeningan ni,dan kita ikut mana yang kita rasa okay dan kena dengan diri kita...makna kata ada ngam la~



Wallahu'alam
Thank you for reading..





Comments

Popular Posts