Ini Kisah Sangka Buruk



             Nama aku Alen. Hari ini genap umur aku 20 tahun di muka bumi ini menghirup nafas kurnia Illahi. Sambutan hari lahir aku di kali ini tidak sama seperti manusia-manusia lain yang mempunyai keluarga untuk sambut hari lahir. Aku dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan hari -hari bagaikan hari raya kepada aku. Aku tidak punya ramai adik -beradik,cuma ada seorang saja adik lelaki. Nama dia Alex. Perbezaan umur kami tidak jauh,umur Alex ialah 2 tahun lebih muda berbanding aku. Sebelum ini,kehidupan aku merupakan kehidupan yang paling sempurna berbanding kawan-kawan aku yang lain. Aku punya keluarga yang kaya, Papa aku seorang usahawan yang sukses dalam bidang keusahawanannya dan Mama aku seorang penulis novel yang terkenal dengan nama samarannya, HLOVER. Hidup di dalam rumah agam yang besar,mempunyai banyak bilik,pembantu rumah yang ramai,pekebun,pemandu dan juga pegawai keselamatan yang mengawasi rumah aku 24 jam sehari semalam. Kehidupan ramai yang mimpikan tetapi aku sedang hidup di dalam mimpi kalian. Segalanya sempurna sehingga suatu kejadian itu berlaku.....

            Segalanya berlaku dalam sekelip mata,setarik nafas dan sedetik waktu. Malam yang dingin itu. Suasana yang sunyi dan sepi.  Aku dan keluarga dalam perjalanan menuju ke sebuah rumah peranginan milik Papa aku di Cameron Highland. Semasa melalui jalan-jalan berliku pada badan bukit,sebuah kereta telah melanggar kereta kami. Mulut kereta bertemu mulut keteta. Berrtembung. Satu dentuman kuat kedengaran. Aku tidak rasa apa-apa ketika itu melainkan aku hanya teraba-raba Papa dan Mama. Aku tercari -cari mereka. Di mana mereka? Dalam keadaan aku separa sedar,aku merasai ada yang menarik aku keluar dari kereta. Suara itu menyebut berkali -kali, "Everything is going to be fine. Its okay". Tidak lama selepas aku dikeluarkan daripada kereta. Satu letupan kuat kedengaran. Saat itu tiba-tiba aku terus sedar dan bangun,menuju ke arah api yang sedang marak. Aku melihat Papa dan Mama duduk di dalam api itu. Aku cuba untuk pergi ke arah mereka tetapi aku seolah tidak boleh merasa kaki aku. Aku tidak menghantarkan isyarat kepada kaki aku untuk melangkah. Aku hanya mampu berdiri,melihat Papa dan Mama terbakar di dalam kereta. Aku tidak nampak Alex. Ketika itu,aku juga tidak memikirkan tentang dia. Hanya Papa dan Mama. Haahhhh~ 


''Knock ! Knock !'' 
Aku berjalan menuju ke pintu rumah. Melihat siapa yang berada di luar melalui lubang kecil pada pintu. Oh, adik aku. Dia baru pulang dari pasar. Alex merupakan adik yang sangat baik. Selepas pemergian Papa dan Mama, Alex yang banyak membantu aku. Dia mengemas rumah,memasak dan juga menjaga segala keperluan aku seharian. Kenapa dia yang menjaga aku? Kerana selepas kehilangan dua nyawa yang aku sayangi dan cintai itu, aku menjadi tidak keruan. Aku seolah hidup di dalam dunia aku sendiri. Aku tidak mahu bercakap,aku tidak mesra dengan sesiapa termasuk adik aku. Aku banyak marah adik aku walaupun dia datang pada aku setiap pagi sambil mengukirkan senyuman indahnya memberi sarapan aku. Aku pun tak faham kenapa dan bagaimana dia boleh bersabar dan begitu tabah melayan kerenah abang dia yang seolah nyanyuk dan tiada fungsi lagi dalam kehidupan dia. Setiap hari,aku bertanya soalan yang sama. Persoalan ini berulang berkali -kali. Persoalan ini seolah telah digamkan rapi pada benak fikiran aku sehingga tidak boleh dikeluarkan daripada fikiran. Dan setiap kali soalan ini bermain di fikiran aku,aku akan mula untuk marah adik aku,menengking dia dan memuntahkan perkataan maki hamun.


            Sehinggalah pada suatu pagi. Tiba-tiba aku terasa ingin membuang air kecil. Aku pun keluar dari bilik aku dan menuju ke arah tandas yang berada di dapur. Jarak antara bilik aku dan tandas tidak jauh dan tidak juga dekat. Sedang-sedang. Perjalanan menuju ke tandas itu perlu melalui dapur. Ketika dalam perjalanan itu,aku terdengar suara adik aku berkata dengan dirinya sendiri. 

''Hmm, dah lama aku sabar dengan dia ni. Hari ni aku akan pastikan kau mati. Penat aku beli barang makanan,dan kau hanya habiskan senang-senang macam tu je. Siap la kau''

             Tanpa berfikir panjang,aku terus kembali ke dalam bilik aku dan baring pada tempat tidur aku semula. Berpura-pura aku sedang tidur. Hajat untuk terkucil aku pun sudah hilang apabila mendengar kata-kata adik aku tadi. Tapi jauh dalam hati aku,''Ah ! Aku dah agak. Hari ini akan datang juga''. Hati aku berkata,'' Sebelum dia bunuh aku,baik aku bunuh dia dulu''. 

''Dum !''
Kedengaran bunyi pintu tertutup. Barangkali adik aku sudah keluar rumah dan menuju ke pasar seperti rutin hariannya pada setiap pagi. Aku keluar bilik dan terus menuju ke dapur. Apa yang bermain dalam fikiran aku ialah bagaimana cara untuk aku membunuh adik aku. Apa. Bagaimana. Bila. Tiba-tiba mata aku memandang tepat pada satu perkakasan dapur yang amat berkilat. Mungkin adik aku sudah mengasahnnya pagi tadi atau semalam untuk rancangannya membunuh aku. Aku ambil pisau itu dan menyimpannya di dalam poket seluar tidur aku. Kemudian aku kembali pada tempat tidur aku dan tunggu adik aku untuk balik dari pasar. Dia akan menghantar sarapan pada aku di dalam bilik. Pada saat itulah aku akan membunuh dia dengan perkakasan yang dia telah asah. 


               Tidak lama kemudian, adik aku sampai ke rumah. Aku mendengar tapak kakinya menuju terus ke dapur. Membuka sarapan yang dia belikan untuk aku lalu meletakkannya ke dalam piring. Segala gerak gerinya aku boleh dengar dan boleh tahu kerana itu rutin hariannya. Aku seolah sudah menghafal. Tapi ada satu pergerakkan baru yang aku tidak biasa dengar. Seolah dia sedang membuka lagi satu bungkusan dan meletakkanya ke dalam piring lagi. Aku tidak kisah dan beranggapan itu mungkin makanannya. Sekrang tibalah masanya. Adik aku masuk ke dalam bilik aku. Duduk pada tepi aku. Dia ingin menyentuh aku untuk menyedarkan aku dari tidur. Tanpa berfikir dua atau tiga kali aku terus mengambil pisau di dalam poketku dan menikam adik aku tepat pada lehernya. Banyak darah yang memancut kepada aku. Aku seolah -olah sedang mandi. Mandi bermandikan darah adik aku sendiri. Adik aku mati pada ketika itu juga. Aku melihat wajahnya. Dia sedang senyum. Senyuman yang hari-hari dia ukirkan pada aku,setiap pagi. Aku juga,sedang mengukirkan senyuman pada ketika ini. Senyuman kepuasan kerana masih survive. Survive daripada maut kemalangan dan skrang,survive daripada maut dibunuh adik. 

''Haaaaa~ lega''
Aku melangkah ke dapur. Aku melihat ada surat di atas meja makan berserta kotak yang dibalut rapi dengan kertas pembalut. Kertas pembalut yang bercorak seperti ingin menyambut hari lahir. Aku membaca isi surat itu,

''Ke hadapan abangku Alen. 

Walaupun Papa dan Mama dah tiada di sisi kita,adik tetap merindu mereka seperti mana abang juga merindui mereka. 

Abang mendapat kasih sayang daripada mereka. Adik juga mendapat kasih sayang yang sama. 
Melihat mereka pergi menghadap Illahi di hadapan mata membuatkan adik sedih dan fobia setiap kali adik melihat api. Adik sedar fobia adik ini tidak ada apa jika nak dibandingkan dengan rasa kesedihan abang itu. 

Jadi,adik membuat keputusan untuk terus menjaga abang sehingga adik pula yang dijemput Illahi.

Maafkan adik kerana terlambat wish birthday abang,sepatutnya birthday abang semalam. Adik telah beli kek semalam,tetapi ada tikus telah menyerang kek abang sehingga licin tiada apa yang berbaki. 

Jadi sebagai ganti,adik belikan abang sesuatu. Buka lah kotak ini kalau abang berminat nak tahu. 

Yang benar,adik yang menyayangimu,
Alex. ''

Aku sebak tidak tahu mengapa. Seolah aku telah membuat satu kesilapan yang amat besar seumur hidup aku. Aku tidak mampu untuk membuka bungkusan kotak itu. Aku tidak sanggup untuk melihat apa yang ada di dalam. Kerana itu bukti dan tanda kasihnya adik aku terhadap aku. Itu merupakan pengorbanan seorang adik terhadap abangnya yang tiada guna di sisinya. Aku terduduk dan bersandar pada kabinet dapur. Menitik-nitik air mata aku jatuh. Apabila aku toleh ke kiri,kelihatan ada seekor tikus yang mati pada sebelah piring makanan. Ternyata dia mati kerana termakan racun tikus. Aku tersentak. Sekali lagi,soalan bermain. 

''Adakah apa yang dimaksudkan adik aku pada pagi tadi itu ialah untuk membunuh tikus ini?'' 

AHHHHH!!!! 
WHAT HAVE I DONE ?! 

-The End-










Comments

Post a Comment

Popular Posts