MA -SA -A -LAH !




Terkadang senyum adalah cara untuk menyelesaikan banyak masalah,dan diam adalah cara untuk menghindari banyak masalah.


.....


Kebencian hanya merugikan diri sendiri,tersenyumlah ketika disakiti.
Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tegar dan damai.


.....

Hidup penuh pilihan. Apa yang kau pilih hari ini akan menentukan masa depan kau.



......

Memang tak dinafikan dalam kehidupan ini kau akan dibelengu dengan banyak masalah. 
Selagi kau hidup,kau akan ada masalah. Tak nak masalah? Tak suka masalah?
Tak payah hidup. Hentikan pernafasan kau tu.

Ramai manusia hari ini tak nampak masalah dalam kehidupan diorang sebagai satu anugerah. 

Aku juga ada masalah aku yang tersendiri.
Kau ada masalah kau tersendiri.
Dia juga ada masalah.
Yang dinamakan manusia itu, tidak akan lekang daripada masalah.

Nasihat aku sebelum kau mula untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan ialah sila tabah dan bersedia dengan masalah yang akan kau hadapi. Lagi besar impian kau,lagi banyak masalah yang kau akan hadapi. 

Masalah juga boleh disama ertikan dengan perkataan 'ujian' , 'halangan' , 'rintangan' , dan sama waktu dengannya.


Untuk penulisan aku kali ini,aku nak berkongsi masalah yang aku sedang alami. 
Pengajaran yang aku belajar daripada masalah aku kali ini ialah ' niat tidak menghalalkan cara '.

Menjadi perkara kebiasaan sebenarnya apabila mahasiswa dikaitkan dengan persatuan NGO dan juga jemaah-jemaah. Aku juga merupakan ahli jemaah. 
Aku merupakan ahli jemaah yang tidak berbai'ah dengan mana-mana jemaah. 
Aku join semua jemaah dan aku tidak taksub kepada satu-satu jemaah.
Aku join untuk diri aku.
Untuk mengambil apa yang baik dan memperbaiki apa yang salah.

Itu,niat aku...

Tetapi niat tidak menghalalkan cara...

Aku dan beberapa lagi sahabat aku dipanggil seorang demi seorang untuk disoal siasat berkaitan jemaah yang kami sertai. 
Kami dilayan seolah kami telah melakukan jenayah yang amat berat. 
Dilayan seperti suspek kepada jenayah pembunuhan,kecurian,kerogolan dan lain-lain.
Sedangkan kami hanya pergi ke majlis ilmu.
Berdiskusi tentang masalah ummah dan hanya berkongsi pendapat tentang 
mekanisme melahirkan pemimpin acukan Al-Quran dan As-sunnah.

Tetapi niat dan perbuatan kami telah dihidu oleh pihak berkuasa dan telah disalah tafsirkan sebagai perancangan membawa IS ke dalam jiwa mahasiswa.

Doakan aku dan para sahabat aku..
Agar kami tidak diapa-apakan oleh mereka..
Yang menghidu kami sebagai satu ancaman kepada mereka..
Sedangkan kami hanya menjalankan kewajiban..

Ku pohon doamu readers-ku..
Ini kisah Pengalaman aku..






Comments

Popular Posts