Tawadhuk Sentiasa atau Bertempat?
Assalamualaikum
kepada semua readers
Allahumma Solli 'Ala Muhammad
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Baiklah..
Sidang pembaca yang saya kasihi dan Allah limpahi rahmat dan hidayah..
Apa itu Tawadhu'?
Tawadhuk ini ialah sifat terpuji yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya..Sifat ini ialah sifat merendah diri..
Merendahkan diri dan menganggap orang lain itu lebih bagus daripada diri..itu tawadhuk..
Sifat terpuji ni kalau kita amalkan ya pembaca masyaAllah hidup kita akan sentiasa dalam keadaan yang amat diredha Allah...
''Kalau sifat tawadhu' ni merendah diri,maksudnya diri orang tu darjatnya tinggi,tapi dia merendah diri,maksudnya orang yang rendah darjatnya tak boleh tawadhu' la?''
TIDAK SAMA SEKALI...
Semua orang boleh mengamalkan sifat terpuji ini..
Setiap orang,setiap manusia mempunyai kebolehan,kelebihan yang dikurniakan Allah..
Jadi,tawadhu' atau merendah diri lah dengan kebolehan dan kelebihan itu..
Ada orang dia ada kelebihan dengan suara merdu mengalunkan ayat al-Quran..
Ada orang dia ada kelebihan dalam pelajaran..iaitu mempunyai otak dan pemikiran yang geliga..
Ada orang dia ada kelebihan dalam mengendalikan empayar perniagaan..
Dan kalau pembaca nak tahu.. Orang yang tawadhu' ni Allah SWT mengangkat darjat mereka..
“Tidak akan berkurang harta yang dishadaqahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah melainkan akan Allah angkat derajatnya.” (Shahih, HR. Muslim)
''Macam mana nak amalkan sifat mulia ini?''
SENANG DAN SIMPLE...
(kalau faham dan jelas)^^
Baiklah.. pembaca kena faham,nak amalkan sifat yang mulia ini kita kena jelas tentang perbezaan sama ada tawadhu' dan menghina diri..
Contoh Tawadhuk: "Saya ni cuma seorang lelaki yang bergelar mahasiswa universiti al-Azhar sahaja''
Contoh hina diri:''Saya ni dah la tak pandai,lembab,tak hensem,gigi jogang,.....''
Nampak perbezaan nya?
Lepas kita dah jelas dan faham tentang perbezaan itu..
Kini tibalah masa untuk kita proceed kepada Main Topic kat atas tu..Kah~!(gelak orang tawadhu')
Main Topic:Tawadhu' Sentiasa atau Bertempat?
Jawapan kepada persoalan tadi tu I want readers to think ..use your KBAT(kemahiran berfikir atas tinggi)
1.Tawadhu' Sentiasa
Kita kena tawadhu' sentiasa kerana tawadhu' ni sifat yang mulia.. sifat mulia ni kita kena istiqamah..
Baru lah mendapat redha Illahi..
Apabila kita hidup dalam suasana tawadhu',perjalanan hidup kita akan sentiasa dipermudahkan..
Sebagai contoh.. apabila kita sebenarnya seorang yang sentiasa qiamulail..tapi kita tak bagi tahu orang...lepas kita buat ibadah yang lain pun kita simpan je..
''Soroklah ibadah mu seperti mana kamu menyorokkan dosa dan aibmu''
2.Tawadhu' Bertempat.
Eh?Dah macam ''malu biar bertempat pula?'' sebernarnya boleh digunakan juga..biasanya statement.''malu biar bertempat'' ni terkeluar atau tercakap apabila guru menyoal di dalam kelas..
Bila cikgu tanya ''2 tambah 2 berapa?''
lepas tu semua murid diam je..sebab malu dan kebetulan masa tu first day sekolah..
Cikgu tu pun cakap lah''Jangan malu-malu,cikgu tanya ni jawablah..malu biar bertempat''
Haa,di situ keluarnya statement malu bertempat ni...
Boleh kata Tawadhu' ni adik beradik dengan malu..cuba kita gantikan dalam statement tadi tu..
''Tawadhu' biar bertempat''..ada beza tak?
In my humble opinion..tak ada..sebab separuh orang dia malu dan dalam masa yang sama dia tawadhu'.. tapi like I said.. Tawadhu' biar bertempat..jangan bila pergi interview orang tanya
''Awak lulusan Universiti Al-Azhar?Bagus-bagus..Awak mendapat Mumtaz..Bagus-bagus''
Tetiba kita pulak balas sebab nak tunjuk Tawadhu'
''Saya ni biasa-biasa je,result saya pun cukup-cukup makan alhamdulillah,saya masuk Universiti Al-Azhar tu pun nasib''
JANGAN~!
Confirm kena reject...
So Kesimpulannya dekat entry kali ini..
Kita kena sentiasa tawadhu' dan tawadhu' bertempat...(Eh?apahal?macam mana plak?)
Okay2^^..macam ni..kita kena sentiasa tawadhu' dalam amal ibadat kita dan kena tawadhu' bertempat dengan ilmu yang kita ada..apabila kita ada ilmu semestinya kita kena menyampaikannya..jangan menyembunyikannya..
Wallahu'alam
Comments
Post a Comment