Redha Itu Satu Tiket
''Redha itu Satu Tiket''
''Redha itu Satu Kunci''
Assalamualaikum
kepada semua readers
yang sudi mencari ilmu di blog saya
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Baiklah,orang selalu kata,
''Aku redha dengan apa yang terjadi''
''Ayah redha kau kahwin dengan dia''
''Kau redha tak aku pergi ni?''
What is Redha?
Ma maana Redha?
Definisi untuk redha ada banyak..
Tapi yang paling dekat dan paling boleh simpul ialah Redha is Merasa Senang Dengan Sesuatu Kejadian Yang Telah Terjadi Atau Akan Terjadi,Dalam Erti Kata Lain Ialah Ketentuan..
Jadi skrang ni dah selesai tentang definisi redha..
Apabila readers dah tahu definisi redha baru saya boleh terangkan yang selebihnya dan insyaAllah readers akan faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan ''REDHA''
Sifat Redha ni sahabat-sahabat sekalian..
MasyaAllah,susah diungkap dengan bibir.. susah nak buktikan dengan qaulun,percakapan..
Nak buktikan ialah dengan HATI dan IBADAT..
''Kita Hidup Di Dunia Ini Adalah Untuk Mengharapkan Mardhatillah Yakni Keredhaan Allah''
Ramai orang faham bahawa redha ni ialah kerelaan hati untuk menerima sesuatu musibah atau ujian..
Mereka tidak tahu bahawa itu baru sebahagian kecil dalam definisi redha..
Apabila kita mendapat nikmat juga kita sebenarnya kena redha juga selain bersyukur dengan nikmat..
Nikmat ni meluas ertinya..macam -macam nikmat manusia dapat..sama ada di dunia atau akan datang iaitu akhirat..
Apabila kita dapat nikmat tu,jangan kita banyak soal,jangan kita jadi tidak tenteram..boleh menyoal..tapi cukup sekadar untuk muhasabah diri seperti soalan:
''Nikmat ini musibah atau apa?''
''Adakah nikmat ini istidraj?''
Dengan bertanyakan soalan ni,tidak apa..kerana ia akan membawa kita untuk kembali ke jalan Allah..
Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman Ibn Sokhrin r.a.Beliau berkata,aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
''Apa -apa yang aku larang kamu lakukannya,hendaklah kamu menjauhinya dan apa -apa yang aku perintahkan kamu melakukannya lakukanlah seberapa daya kamu.Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka''
Pengajaran daripada hadis itu,kita kena redha dengan ajaran dan ketentuan yang telah Nabi Muhammad SAW ajar dan Allah SWT tetapkan..
Macam yang saya katakan..Redha
bukan dengan bercakap sahaja..
Kena praktikkan dalam kehidupan..
Manusia ni banyak songeh..
Saya sendiri pun tidak terkecuali..
Manusia ni dia akan buat sesuatu pekerjaan yang dia mampu buat dan ikut keadaan..
Jadi,untuk mendapatkan redha Allah dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu,kita kena la ikhlas..buat dengan hati yang rela..Kalau kita buat sesuatu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT maka kita akan mendapat pahala..
Ada dua je keadaan manusia ni..
Sama ada sesuatu pekerjaan tu suka dilakukan atau tidak suka dilakukan..
Dan realiti kehidupan hari ini..pekerjaan yang suka dilakukan itu ialah pekerjaan yang dilarang Allah..
So,nak dapatkan redha Allah.. kita kenalah mengamalkan dan istiqamah dengan apa yang kita amalkan serta niat melakukan pekerjaan itu semata-mata kerana Allah..kita dapat redha Allah..
Ia merupakan tiket untuk sesuatu ibadat atau pekerjaan itu menjadi sempurna..
Ujian Allah itu
Tanda Allah sayang kepada
HambaNya.
Redha menerima ujian itu
Tanda hamba itu sayang kepada
TuhanNya.
Berapa ramai manusia pada hari ini redha apabila menerima ujian?
Saya juga kadang-kadang terkandas dek ujian yang menimpa..
Tapi kita kena ingat selalu..saya berpesan kepada semua dan kepada diri saya juga.. bahawa
setiap ujian itu ada hikmahnya..dan setiap ujian itu sebenarnya Allah ingin menambah iman kita yang berada di dalam dada agar kuat..
BARULAH IMAN SADO
KE GUANO?^^
Allah juga telah memberi peringatan kepada kita dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3:
''Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?Dan demi sesungguhnya KAMI menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu,nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketahui mengenai orang yang berdoa''
Selain itu,dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:
''Boleh jadi yang kamu benci itu adalah baik untuk kami,boleh jadi yang kamu suka itu adalah buruk bagi kamu,Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui''
Ujian Allah ni boleh datang dalam pelbagai rupa..
Boleh jadi kesakitan,kehilangan,kerosakan,kemewahan dan segala ke--...
Menjadi kewajipan kepada kita semua sebagai hamba untuk menerima ujian itu dengan hati yang penuh husnodzon dan redha terhadap Allah..
Akhir kata,terimalah satu hadith daripada Imam Muslim,Rasulullah SAW berkata.
''Betapa ajaibnya orang yang beriman itu,sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka.Dan tiadalah kebaikkan itu kecuali bagi orang mukmin.Jika diperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikkan baginya''
Wallahua'alam
Syukran kerana membaca
Thanks for your time
Jazakallahu Khairan Kathira
Comments
Post a Comment