Hipokrit ?

Dalam menghirup nafas untuk hidup ini..
Aku kadang terlupa siapa yang memberi
dan siapa yang menerima..

Ya,
Aku lupa siapa yang memberi nikmat
dan siapa yang menerima nikmat...

Nikmat untuk bangun selepas nikmat tidur..
Nikmat makan untuk merasa kekenyangan
selepas merasa kelaparan..

Nikmat melihat lukisan dunia sedang ada
yang tidak dapat melihat keindahan pagi
pada waktu pagi,
kesunyian malam pada waktu malam,

Ya,
Itulah aku,
Aku ingin berubah,
Aku ingin menjadi penerima yang
bersyukur kepada Pemberi..

Aku nak HENSHIN !
Sayonara JAHILIYAH!


________________________________________________
''Kau ni apahal? berkopiah,berbaju melayu? Giler hipokrit!''

''Eh,kawan,Assalamualaikum.. jom ikut aku,nak pergi solat zohor ni''

''Huh?solat? kau yang sama- sama dulu lepak kat sini skrang nak lepak dalam masjid tu?eh,lupa..waalaikumusalam''

''Ya,itu aku yang dulu,aku nak berubah..jom ikut aku nak?sama-sama berubah'' *senym*

''Tak perlu nak hipokrit, berlakon, bajet alim! Nyah kau dari sini''


____________________________________________________

Bismillahirahmanirahim.

Saya tahu ramai penduduk dunia ni,
*kecilkan scope*

Saya tahu ramai penduduk Malaysia ni,
*spesifikkan*

Saya tahu ramai penganut agama Islam ni,
*much better* (senyum nampak gigi besar)

-yang ingin berubah daripada pelaku maksiat kepada pencegah maksiat. Ramai sangat di luar sana yang ingin mengucapkan sayonara kepada jahiliyah dan maksiat. Terlalu ramai,kalau saya nak listkan setiap nama kat dalam ni,anda akan semput untuk membaca.Kah kah


Tapi dalam ramai-ramai tu, cerita berbeza-beza. Dia ada cerita dia tersendiri dan saya ada cerita saya yang tersendiri. Dialog dan puisi lejen kat atas tu,itu hak milik  saya. Nak copy? bancuh sendiri~Kih Kih.


Basically,dalam kehidupan ni, segala benda yang kita lakukan pasti akan ada orang yang menilai dan meng-komen. Dan ada juga yang meng-like dan meng-share apa yang kita lakukan. Secara umumnya,hidup kita di dalam realiti dan maya,sebenarnya berkait rapat.  Macam mana kita di dalam alam realiti,begitulah kita di alam maya tetapi bagaimana kita di alam maya,tidak semestinya kita begitu di alam realiti. Cara kita berjalan,makan,tidur,solat,akan ada mata yang menilai, ada mulut yang mengeluarkan kata-kata,baik pedas mahupun pahit. Itu lumrah dunia.



''Setiap kejayaan yang besar bermula dengan langkah kecil''

Easy say than do. Yeah,betul. Bila kita dengar 'langkah kecil'. Kita akan rasa

''Ah mudah,senang kacang rebus,kalau kacang tu boleh steamboat,dah lama steamboat''

Err,tetibe?

Tapi sebenarnya,yang kita dengar dan nampak mudah itu lah yang paling berat dan seksa. Contoh yang saya  dah bagi tadi ialah apabila kawan -kawan lama kita cakap kita ni berlakon dan hipokrit.
So,saya nak tanya kepada semua. Anda faham ke makna hipokrit tu yang sampai anda nak berkecil hati dan futur apabila digelar hipokrit?

Okay,saya tak nak pergi ambil kamus dewan bahasa editon latest atau google translate,tapi saya nak bagi bahasa mudah faham,hipokrit ni ialah situasi di mana anda menjadi sesuatu yang  bukan diri anda yang sebenar. Means,you're being fake.

So,kita ni hipokrit ke kalau menjadi baik?
Timbul persoalan di benak fikiran anda yang lama tak berfungsi tu,.hmm,dalam beberapa minit yang lepas maybe..

Adakah dengan menjadi baik,kita sebenarnya menjadi someone else?
Siapa yang buat rules sebegini?
EH?


Sebenarnya dan realitinya ialah,apabila kita menjadi baik,bukan hipokrit,sebaliknya,mereka yang jahat atau berakhlak buruk tu yang sebenarnya merupakan hipokrit.

Okay,mai baca sat,saya bedah minda anda,siapa kita sebenarnya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
''Setiap bayi itu lahir seperti kain putih(fitrahnya). Ibu bapalah yang mencorakkan kain(fitrah) itu sama ada Yahudi,Nasrani dan Majusi''
(HR Bukhari dan Muslim)

Eh,cer tengok balik kat hadis tu,kenapa tak sebut Islam?
Sebab,kita memang fitrahnya islam. Kita memang diri kita yang sebenarnya ialah Islam. So,why nak takut-takut untuk be our ownself? Wake up people ! Tukar mind set kita untuk berubah !

Fitrah =Islam =Baik


Jom Join Kami Bersayonara 
Jahiliyah !
























Comments

Post a Comment

Popular Posts