Niat Is A Pemantul
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana niat begitulah penilaiannya..
Bapak borek anak rintik
Niat baik ibadat cantik..
Apakah itu niat?
Niat ialah sejenis perasaan yang terbit daripada sanubari setiap manusia. Dalam banyak banyak perasaan yang hadir,semuanya bermula dengan niat. Jika niat ingin melakukan perkara yang baik,maka akan hadirlah perasaan suka atau bahagia. Jika niat ingin melakukan perkara yang jahat maka akan hadirlah perasaan tidak senang dan gusar dalam hati.
Makna kata niat merupakan segala-galanya. Niat merupakan permulaan kepada pengakhiran. Namun,pengakhiran itu ialah apa yang akan dinilai.
Apakah itu ibadat?
Ibadat merupakan amalan atau perbuatan yang menghasilkan suatu manfaat elok kepada diri manusia yang melakukan perbuatan tersebut mahupun kepada manusia yang menerima perbuatan baik tersebut. Ia boleh hadir dalam bermacam -macam rupa dan bentuk.
Jadi apa kaitan ibadat dan niat?
Baiklah,di dalam kitab Riyadhus Solihin jilid 1,Hadis yang pertama menyebut,;
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya.''
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Bermaksud apabila niat seseorang itu baik,maka amalannya akan menjadi baik sekali gus diterima Allah dan diredhai.
Walau bagaimanapun, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Harus kita ingat bahawa kita hari ini hidup dalam suasana yang penuh dengan fitnah. Dulu fitnah disebarkan melalui pedang yang lembut yakni lidah,kini fitnah berleluasa dengan tarian jari jemari di atas papan kekunci.
Niat pereka dan pencipta papan kekunci serta media sosial ini adalah untuk memberi manfaat kepada penggunanya. Namun semua itu telah disalah gunakan oleh manusia-manusia yang digelar pendosa tiada noktah. Ya kita manusia,bukan malaikat,bukan nabi yang maksum,tiada dosa, tapi jadilah manusia pendosa yang mencari noktah!
Saya ambil contoh yang paling dekat,kita ingin menegakkan keadilan. Niat itu sudah bagus kerana ingin membenarkan yang benar dan membatilkan kebatilan. Namun bukanlah dengan cara kekerasan,selagi mampu menggunakan cara lemah lembut,gunakanlah. Islam itu sendiri sudah mengambarkan ketenangan. Janganlah kita menampakkan Islam ialah agama peperangan dan mengejar syahid di medan perang sahaja. Ada masa kita boleh guna peperangan. Ada masa kita kena guna intelektual.
Comments
Post a Comment