Postman Tak Diundang
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
''Wahai orang -orang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa khabar berita,maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya. Supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini , sehingga menjadikan kamu dengan penuh penyesalan dengan apa yang kamu lakukan.''
Al-Hujurat, ayat 6
Assalamualaikum semua pembaca,
Sejak akhir -akhir ini kita sering didengarkan dengan isu tentang betapa pantasnya suatu khabar angin atau berita disebarkan melalui media sosial seperti whatsapp,twitter,facebook dan lain -lain.
Dan dalam banyak-banyak berita yang disebarkan itu,boleh dikatakan 60% daripada purata kasarnya merupakan berita palsu dan salah.(ikut kepala otak aku,okay tak tak,ikut penilaian aku).
Berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW itu,kita tahu bahawa ada peristiwa telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, serupa dengan apa yang berlaku pada hari ini. Cuma pada hari ini,ia semakin parah dan tenat. Dan isu ini sekali gus telah membuktikan bahawa sejarah berulang. Siapakah yang mengulangi sejarah ini? Sejarah ini diulangi oleh mereka mereka yang tidak mengambil subjek sejarah waktu sekolah menengah.(kih kih).
Sesuai dengan kata-kata ,''L'histore se repete'' yang bermaksud ''sejarah berulang''.
Sebelum kita pergi lebih jauh,izinkan saya memperkenalkan pembaca kepada manusia memegang gelaran 'fasik'.
Fasik ialah seorang yang keluar dari garis panduan Islam. Menurut syara', Fasik ialah orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
So,dengan perkenalan tu,adakah semua readers boleh agak sesiapa yang berada di sekeliling readers sebagai fasik? Chop Chop ! Jangan terburu -buru membuat penilaian. Nak selamat, tidak kisah la dapat dari mana pun sesuatu berita itu,pastikan untuk sentiasa mengkaji berita tersebut.
Perkataan Fasik berasal daripada kata dasar al-fisq, yang beerti keluar(khuruj).
Para ulama mendefiniskan Fasik sebagai ''Orang yang menderhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintahNya dan melanggar segala laranganNya''
Saya sendiri pun ada ramai kawan yang dikatakan bila lihat pada wajah,terpancar sinaran Nur. Tapi akhirnya, akan ada sesuatu yang tak kena pada diri dia. Siasat punya siasat,rupa-rupanya luaran wajah je ada Nur memancar, tapi belah dalam kulit wajah tu tersorok jerawat yang menunggu masa untuk timbul. Kah !
Akhir kata terimalah satu hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
'' Berhati -hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan''
Comments
Post a Comment