Disebalik Hujan Adanya Rahmat
Gambar model dalam hujan(anis asyura) |
Assalamualaikum semua pembaca setia. Saya nak meminta maaf sebab dah lama sangat tak update saya punya blog atas beberapa sebab yang tidak boleh saya elakkan. Sebab saya ada banyak komitmen dengan kehidupan sebenarnya sebagai seorang manusia dan bukan seorang blogger.
Untuk post kali ini saya just nak update tentang keberadaan saya which is korang tak nak tahu pun sebenarnya( haha ) dan saya akan share pada korang apa yang saya dapat melalui lumrah kehidupan sebagai seorang manusia just untuk korang renung-renungkan dan selamat mengamalkan.
Seperti yang setiap mansusia tahu,kehidupan kita tidak dibentangkan dengan carpet merah,disambut dengan orang ramai memanggil-manggil nama kita (Budak Mentahhhh Budak Mentahhhh!). Bukan sahaja untuk menjalani jalan hijrah yang ditaburkan dengan duri,tetapi sebenarnya menjalani jalan kehidupan juga ditaburkan dengan duri. So konklusinya kat sini ialah tak kisah la kau berhijrah ke tak berhijrah duk buat maksiat lagi ke,as long as kau dikategorikan manusia yang hidup,kau akan melalui jalan yang penuh dengan duri.
Tapi berbezalah duri kehidupan dengan duri hijrah tu. Saya tak nak bebel sebenarnya pasal jenis-jenis duri ni tapi kalau bebel pasal jenis jenis duri baru lah nampak yang entry kali ini panjang sikit. Duri hijrah yang ramai keyboard warrior,ukhti ukhti dan akhi akhi alam maya dah cliche'kan ialah kejian daripada kawan kawan maksiat kita yang lama bila nampak kita berkopiah solat,dorang start merendahkan diri kita,cakap benda bukan bukan saja nak bagi kita rebah jatuh semangat dan akhirnya FUTUR~ Selain itu,duri hijrah yang paling ramai peng-hijrah terlibat ialah duri duri percintaan.(Choi cliche' lagi. Well nak buat camane aku manusia picisan je). Sedar atau tak sedar ramai ostaz ostaz dan ustajah ustajah instagram,wechat,whatsapp dan sebagainya yang main main cinta tapi menggunakan agama. Diorang tak sedar dorang gunakan agama,siapa yang sedar ialah orang yang berada di sekeliling dorang. Tapi orang yang berada di sekeliling dorang ni pulak jenis tawadhuk tak bertempat,tak nak menegur dengan alasan diri mereka belum cukup sempurna nak menegur. Ceit!
Kenapa saya kata diorang tak sedar yang diorang sedang mempergunakan agama? Sebab I've been there. Ye la,kita tak akan tahu apa rasanya sesuatu melainkan kita pernah melaluinya. And yeah. I'm once ostaz yang mempergunakan agama dalam tak sedar untuk mencayaqkan seorang ukhti. (cayaq tu cair,melting). Starting dia senang je,aku bagi salam tanya khabar,pastu buat buat la speaking arab sikit nak kagumkan si ukhti yang kebiasaannya mengimpikan akhi akhi yang pandai bahasa arab,islamic gitu. Bila aku dah start speaking arab tu,si ukhti bertanya mana belajar bahasa arab. Dengan hidup pinochionye aku cakap aku pergi majlis taalim,pergi pondok dan sebagainya. (Aku memang pergi semua tu,cuma aku tak belajar bahasa arab dari situ,aku belajar dari as-syeikh google al-translation). Sampailah satu hari aku buka cerita kat naqib usrah aku dan ya,aku cerita bab bab islamic je. Tapi naqib aku tanya permulaannya bibit bibit percintaan ni dan yeah. Permulaan dah salah,tak kotor,macam mana nak meneruskan perjalanan melainkan kena sucikan semula permulaan tu. Dan akhirnya aku ambil langkah selamat dan ucapkan sayonara couple islamic.
Hah! Enough campak balik(throwback). As for now aku nak cakap tentang duri kehidupan. Duri kehidupan ni boleh datang daripada banyak tempat tak semestinya datang dari Tuhan,Allah je. Boleh datang dari manusia,binatang dan paling kerap saya rasa duri kehidupan ni datang daripada diri kita sendiri. Saya tahu mungkin perkongsian saya ni boleh dikategorikan cliche' dan ada yang baca separuh jalan je saya punya entry kali ini. Siapa yang tahu, tahu lah bahawa diri saya ni student. Dan baru baru ni saya baru lepas final exam and lepas final exam terus Latihan Industri(praktikal). Saya ambil bidang Civil Engineering. So,saya pun apply la disebuah company ni. Contact dapat daripada kawan,tak check company apa,latar belakang semua,apa company tu buat terus apply and dapat time tu jugak. Mana tak riaknya bila duduk dengan kawan kawan yang belum dapat tempat Li kan. Hasil daripada riak takabur ujub dan segala mazmumah tu,bila dah start melapor diri. Saya macam perasan ada benda yang tak kena. Something smell fishy. Bau bau stoking,ketiak,badan semua,tak ada pulak bau ikan. Rupanya rupanya bau kat company tu. Company tu ialah company landscape,dan saya sepatutnya duduk under company yang buat consultant ,construction atau maintenance. Punyalah dah selesa duduk situ,kena tukar rupanya.
Pening kepala tak tipu la dilema nak cakap kat boss yang kena tukar tempat. Nak berurusan dengan boss company landscape tu,pastu nak berurusan dengan pihak universiti lagi. Tohan saja yang tahu kesengsaraan hidup ni beberapa hari yang lepas. Dah settle dengan boss dan pihak universiti,kena cepat cepat cari company yang boleh terima budak praktikal dan nak start pada jangka masa yang lagi beberapa hari. Saya berhenti hari khamis,nak start semula hari selasa minggu depan. Sabtu ahad cuti tambah isnin pun cuti. Memang keadaan kelam kabut. Kusut semua ada. Dan alhamdulillah,sebagai seorang yang acah femes,suka la post apa yang saya rasa kat laman sosial. Paling kerap post kat instagram la,kat story tu. Dan ada beberapa makhluk Tohan sudi membantu nasib ku yang malang ini.
Dalam waktu waktu macam ni lah baru aku boleh nampak mana sahabat mana kawan biasa je. Time senang bersama susah dilupakan. Sokay and don't worry,aku takkan buat benda yang sama macam korang buat kat aku. Aku akan tolong orang orang yang melalui benda yang aku pernah lalui tapi kena contact ah. Payah la nak pergi tanya sorang sorang.
InsyaAllah pada hari selasa saya akan mulakan semula adventure dalam bidang Civil Engineering ni. So,nasihat saya sebagai seorang abang,senior dan orang tua, jangan buat kerja last minit. Memang lumrah untuk pelajar engineering buat kerja last minit,tak tipu,student engineering memang ramai yang jenis last minit. Tapi elakkan sebab akibatnya memang padah. Silap langkah,boleh membawa kekecewaan seumur hidup. Sampai di sini saja la kot. Pehhh tak smoothnye aku tutup entry. Tak apa insyaAllah aku cuba kerapkan diri update entry lepas lepas ni.
Last,aku nak minta korang tolong doakan kejayaan aku dunia dan akhirat, aku pun akan buat benda yang sama untuk korang. Ameen.
Comments
Post a Comment