Kehidupan Secawan Kopi
Kehidupan ini diibaratkan seperti secawan kopi,
Walaupun pahit,namun tetap juga dinikmati..
Kehidupan mestilah ada benda yang kita inginkan dan benda yang kita tidak inginkan.
Lumrah kehidupan ialah pengorbanan demi mencapai kejayaan.
Setuju?
Setuju je la. Jangan tipu diri sendiri. Korang dilahirkan ke dunia pun melibatkan pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan korang selama 9 bulan. Dan tidak semuanya manusia berada di dalam kandungan selama 9 bulan tepat. Ada yang terlebih minggu dan ada yang tidak cukup bulan.
Sebagai contoh,diri aku sendiri.
Bukan setakat itu,korang berada di mana korang berpijak sekrang pun hasil pengorbanan seorang bapa yang bermandi peluh untuk mencari rezeki. Tidak kira la kalau ayah korang kerja dalam pejabat ber-pendingin hawa sekali pun,dia tetap melakukan pergobanan masa dia.
Maka,sudah terang lagi nak suluh flaslight bahawa kehidupan perlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu penting untuk kejayaan.
Dalam kehidupan, kalau korang pernah rasa nak give up atau berputus asa disebabkan beberapa ujian seperti gagal dalam peperiksaan, kematian kaum keluarga, ekonomi rumah tangga tak stabil, ingatlah bahawasanya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang mereka tidak mampu untuk hadapi.
Okay,itu tentang ujian. Dan rata-rata manusia pada hari ini,mereka tak tahu bahawa ujian boleh datang juga dalam bentuk 'teguran'. Bukan bertegur sapa ''hai assalamualaikum'' tu. Tetapi menegur kesalahan atau kesilapan.
Tidak dapat dinafikan bahawa manusia apabila ditegur je ada bermacam-macam respon yang ditonjolkan. Salah satu respon yang paling familiar dan tren pada hari ini ialah 'sentap' .Yes, sentap. Sentap ialah satu respon apabila seseorang yang ditegur kesalahannya merasa terkena, terkantoi dan lain-lain.
Pada hari ini, manusia asal kena tegur je,mesti bergaduh dan berdebat. Jarang sekali melihat manusia yang apabila ditegur kesalahannya untuk menerima teguran tersebut dan memperbaiki diri. In order to fix ourself,we need to admit that we're broken. Kalau asyik nak betul je setiap masa,bila masa pula nak perbaiki diri? Bila masa pula nak bermuhasabah?
Akhir kata,terimalah satu hadis sebagai penutup kata dan motivasi kepada diri korang.
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
Comments
Post a Comment