Manusia Gagal
Manusia takkan pernah lari dari kesilapan.
Apabila manusia melakukan satu kesilapan,maka hasilnya ialah satu kegagalan.
Kesimpulannya dalam kehidupan seseorang manusia ialah,manusia akan gagal.
Yang membezakan antara semua manusia yang gagal ialah
cara manusia itu menerima kegagalan.
Manusia,
Jangan tuding jari pada orang,
Aku diri aku sendiri pun pernah hadir rasa tak bersyukur dalam hati
sedangkan aku dah punya segalanya.
Selama aku hidup,
Aku hanya tahu erti kejayaan dan
aku hanya tahu untuk berada di puncak.
Tetapi kali ini Tuhan menunjukkan bahawa
manusia tidak selamanya berada di puncak kejayaan.
Macam mana wujudnya perkataan 'bangun' sekiranya tiada
perkataan 'jatuh'.
Aku,sedang gagal.
Aku,mengalami kegagalan.
Buat pertama kali dalam hidup aku,
Aku merasa erti kegagalan selepas berusaha.
Dan aku tak nak pengajaran ni terhenti hanya pada diri aku saja.
Aku nak sebarkan apa pengajaran hidup aku yang bergelumang dengan kejayaan
sehingga lupa akan kegagalan.
Aku gagal,
Dan ya,aku tak boleh terima kegagalan ni dengan hati yang penuh
rasa redha.
Sebab aku rasa aku dah berusaha dengan keras untuk berjaya tetapi
hasilnya adalah kegagalan.
Pengajaran yang aku boleh cerita kat korang ialah
walaupun korang berusaha sekencang ribut taufan sekali pun
tapi kalau korang lupa nak tawakal dan berdoa kepada Pencipta korang,
jangan mimpi kejayaan tu akan jatuh bergolek atau jatuh
macam durian runtuh.
Kau usaha,tapi kau tak berdamai dengan Tuhan,
Kau ingkar dan bermusuh dengan Tuhan,
Aku cakap kat kau,
kejayaan yang datang dari Tuhan tu pun
tak nak memeluk kau.
Aku dah merasai,
Aku tak nak kau merasai sebab aku pun
mengambil masa untuk sedar daripada kelalaian.
Aku harap pengajaran aku ni tidak terhenti hanya pada aku,kau dan dia.
Sebarkan agar semua orang yang sedang leka dengan
kejayaan tidak lupa akan kegagalan
yang mereka bakal hadapi.
Kerana manusia tidak lari dari gagal.
Comments
Post a Comment